Jumaat, 12 November 2010

SEJARAH BSMM DI MALAYSIA

PENDAHULUAN

Kelahiran Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) mempunyai urutan sejarah sebelum merdeka. Palang Merah telah pun wujud di Persekutuan Tanah Melayu di bawah penjajahan British sebagai "a branch of the British Red Cross". Peperangan Dunia Kedua dan waktu pemerintahan Jepun telah memusnahkan beberapa kawasan di dalam negara kita dan ramai rakyatnya hidup dalam kemiskinan dan penderitaan.

Laporan tahunan Persatuan Palang Merah British bagi tahun 1945 dalam perenggan penutup dan mencatatkan:

" Kerana akibat peperangan, Borneo Utara adalah kawasan yang teruk dilanda kemusnahan di Tenggara Asia dan penduduknya menanggung derita yang amat sangat semasa pemerintahan Jepun. Oleh yang demikian,peluang bagi aktiviti-aktiviti palang Merah adalah banyak dan sekarang oleh kerana asasnya telah diwujudkan,adalah diharapkan bahawa ianya akan berkembang dalam tahun-tahun akan datang ".

Cawangan Sabah
Bukti-bukti dokumen yang ada dalam arkib Persatuan Palang Merah British menunjukkan bahawa cawangan pertama Palang Merah adalah di Sabah iaitu ditubuhkan pada bulan April 1948.

Cawangan Sarawak
Palang Merah pertama ditubuhkan dalam bulan April / Mei tahun 1948,walaupun mengikut rekod satu permohonan rasmi mewujudkan cawangan Palang Merah di Sarawak ialah dibuat lebih awal iaitu pada bulan Februari 1948.

Cawangan Semenanjung Malaysia
Unit Palang Merah yang pertama ditubuhkan di Pulau Pinang dalam tahun 1950,yang kemudiannya menjadi satu cawangan.dalam bulan Februari 1951,Cawangan Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan dengan bantuan Miss Jordan dan Miss Johnson serta dua orang pegawai medan Palang Merah British. Manakala Palang Merah Pahang telah ditubuhkan pada tahun 1952.


AKTA PERTUBUHAN

Bulan Sabit Merah Malaysia adahalh ditubuhkan di bawah Akta Parlimen adalah seperti berikut :

1. Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, tidaklah sesuai lagi Persatuan Palang Merah di Semenanjung bertaraf cawangan sahaja dan ibupejabatnya jauh di London. Satu Akta Parlimen telah digubal dan diluluskan pada tahun 1962 iaitu Federation of Malaya Red Cross Society (Incorporation) Act of Patliment (Act No 4 of 1962) dan dikuatkuasakan pada 16 April 1962.

2. Apabila Malaya di tukarnama kepada Malaysia dan penggabungan Sabah dan Sarawak dibawahnya telah diubah dan diluluskan pada tahun 1965 iaitu Malaysian Red Cross Society (Incorporation) atau Persatuan Palang Merah Malaysia (Perbadanan) (Law of Malaysia Act 540) di seluruh Malaysia pada 1 Julai 1965.

3. Pada tahun 1975, satu pertukaran nama telah diluluskan iaitu Malasian Red Crescent Society (Change Of Name) atau Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Pertukaran Nama) Akta ke-162 tahun 1975 (Laws of Malaysia, Act 162).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan