Jumaat, 12 November 2010

PRINSIP BSMM

KEMANUSIAAN (Humanity)

Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dilahirkan dengan hasrat untuk memberi pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang tercedera di medan pertempuran dan berusaha untuk mencegah dan meringankan kesengsaraan dimana jua ianya wujud. Tujuannya adalah melindungi nyawa dan kesihatan serta hormat menghormati sesama manusia. Ia mempupuk kesefahaman, persahabatan, kerjasama dan kedamaian yang berkekalan di kalangan manusia.

KESAKSAMAAN (Impartiality)

Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman politik dalam kegiatannya. Tujuan asasnya ialah meringankan kesengsaraan individu dan memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang paling serius.

KEBERKECUALIAN (Neutrality)

Untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya, Persatuan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian yang bercorak plitik, perkauman, agama dan ideologi.

KEBEBASAN (Independence

Walaupun berupa badan tambahan kepada pihak yang berkuasa awam dan tertakluk kepada undang-undang negara. Persatuan tetap menjaga otonominya supaya ia boleh bertindak mengikut prinsip pergerakan.

KHIDMAT SUKARELA (Voluntary Service

Ia berupa badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari untung.

KETUNGGALAN (Unity)

Hanya ada satu Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah dalam sesebuah negara. Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh negara.

KESEJAGATAN (Universality)

Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi seluruh dunia, dimana semua Persatuan mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama serta saling bantu-membantu di antara satu sama lain.

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BSMM

Pengurusan Dan Pentadbiran BSMM

Visi

Untuk dikenali sebagai organisasi kemanusiaan yang unggul, diperingkat kebangsaan dan antarabangsa.

Misi.

Berkhidmat kepada yang memerlukan dengan berkesan

MOTTO

“Inter arma carita” (didalam peperangan ada kebajikan) dan “PerHumanitatem ad pacem (melalui kemanusiaan menuju keamanan)

PELAN STRATEGIK

Pelan Strategik adalah berdasarkan kepada aktiviti-aktiviti Teras Pergerakan iaitu:

1. Promosi Prinsip_Prinsip Asas Pergerakan dan Nilai-Nilai Kemanusiaan.

2. Pengurusan Bencana

3. Kesihatan dan Penjagaan didalam Masyarakat

4. Pembangunan Organisasi.

Mempromosikan Prinsip-Prinsip Asas Pergerakan dan Nilai-Nilai Kemanusiaan. Mengiktiraf pelbagai cabaran dan menghadapi situasi yang bertentangan didalam menyebarkan Undang-

Undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) dan Prinsip_prinsip Asas, objektif-objektif strategic berikut telah ditentukan:

i) memainkan peranan yang utama dan diiktiraf didalam mempromosikan UUKA didalam negara ini.

ii) mewujudkan rangkaian kerja yang berdaya tahan dan berkesan dengan JKPM (ICRC), dengan lain-lain kompenan Pergerakan sepertimana yang termaktub di dalam Perjanjian Seville l997, dan dengan Kementerian dan lain-lain agensi.

iii) Bekerjasama degan pakar-pakar teknikal tempatan dan antarabangsa didalam membangunkan garis panduan makanisma penilaian didalam mempromosi UUKA diseluruh Negara.

iv) Mempromosi penulisan perundangan mengenai UUKA dikalangan ahli-ahli Persatuan dan masyarakat umum.

Pengurusan Bencana

Pengurusan Bencana adalah merupakan aktiviti-aktiviti terkehadapan PBSMM. Ia adalah sebagai penanda aras kepada kebolehan dan imej kepada Persatuan. Bagi terus memperkukuhkan kecekapan dan untuk memberikan perkhidmatan segera, objektif-objektif berikut harus diwujudkan:

i) Bagi memperkukuhkan dan menyusun semula stukturPengurusan Bencana masa kini kepada respon yang

lebih baik didalam mengendalikan tindakan bantuan kemanusiaan, bagi kedua-duanya diperingkat tempatan dan antarabangsa.

ii) Memperbaiki kridibiliti dan kemampuan sukarelawan dan kakitangan sebagai profesional yang berkesan entitinya berbekalkan dengan kemudahan-kemudahan yang canggih.

iii) Untuk mengwujudkan dan mengekalkan pasukan bantuan diperingakt Cawangan dan peringkat kebangsaan, respons terhadap bencana diperingkat tempatan dan antarabangsa.

iv) Sama-sama bekerja dengan rakan kongsi lain-lain Persatuan-Persatuan Kebangsaan, sebagai Pusat Krisis Pengurusan Bencana Serantau dibekalkan lengkap dengan kemudahan-kemudahan yang canggih.

Perkhidmatan Ambulans

Perkhidmatan Ambulan adalah satu perkhidmatan yang tersangat mustahak dan perkhidmatan langsung disediakan oleh PBSMM. Sejak tahun 1960n lagi, perkhimatan asas yang disediakan oleh peringkat Ibu Pejabat Kebangsaan dengan bantuan kewangan daripada Kerajaan. Untuk memperkembangkan perkhidmatan yang sama keseluruh negara, secara strategiknya perkara-perkara berikut telah dikenalpasti:

i) Untuk meneruskan khidmat yang berdaya tahan dan mengembangkan perkhidmatan keseluruh Negara untuk orang awam dengan percuma dan mempunyai sukarelawan dan kakitangan yang terlatih dengan lebih efisyen dan professional.

ii) Mempastikan agar kelengkapan dan peralatan sentiasa dipertingkatkan selaras dengan kehendak-kehendak peraturan perundangan, bertujuan mempertingkatkan Status Perkhidmatan Ambulan dari Kelas ‘B’ kepada Perkhidmatan Ambulan Kelas ‘A’ diseluruh negara.

Kesihatan dan Penjagaan Masyarakat

Pentingnya gaya hidup sihat dan kehidupan masyarakat yang berkualiti telah begitu kuat difahami oleh semua orang. Ini adalah selaras dengan tujuan Pergerakan ini dimana memberi perlindungan kepada maruah manusia dan kepada mereka yang memerlukan kesan daripada tindak tanduk kemanusiaan diseluruh dunia. Berikut adalah objektif-objektif Strategik yang digariskan:

i) Mewujudkan program kesihatan masyarakat yang berdaya tahan kepada mereka yang memerlukan terutamanya kepada mereka penduduk-penduduk yang berpendapatan rendah dan miskin didalam bandar dan diluar bandar.

ii) Menjengkau sampai kepada mereka yang memerlukan terutamanya dikawasan yang dilanda bencana, khususnya didalam Program-Program Pemulihan Kesihatan dan pelbagai Kecemasan dan Program penstrukturan semula .

iii) Untuk meraih derma dan pakar-pakar daripada agensi-agensi Kerajaan, Badan-Badan Korporat dan didalam Pergerakan bagi Projek-Projek Penjagaan Kesihatan dan berteraskan Masyarakat.

Program Darah

Peruntukan mendapatkan darah secara percuma kepada mereka yang memerlukan adakan merupakan satu aktiviti yang tidak kurang pentingnya kepada Pergerakan ini. Pusat Darah Negara (PDN) merupakan badan untuk mengagihkan darah, sementara itu PBSMM masih bertahan sebagai Sebuah Organisasi yang menrekrut dan memberikan Perkhidmatan kepada penderma-penderma darah. Hingga ke saat ini objektif strategik Persatuan adalah seperti berikut:-

i) menjadi sebuah pertubuhan yang unggul didalam mendaftarkan dan mepromosi tentang darah yang selamat.

ii) mempastikan bekalan darah yang selamat sentiasa dikoordinasikan dengan baik dan berterusan dengan kerjasama Pusat Darah Negara.

Latihan Pertolongan Cemas

PBSMM menjalankan pelbagai kategori Kursus Pertolongan Cemas daripada Asas kepada Peringkat Lanjutan, termasuklah Kursus Kaedah Pemulihan Jantung Dan Paru-Paru (Cardio-Pulmonary Resuscitation) Atau CPR. Keutamaan untuk mempromosi Program “ Seorang Pertolongan Cemas Dalam Setiap Rumah” untuk melahirkan Penolong Cemas yang terlatih didalam setiap keluarga diMalaysia menjelang tahun 2010 dan menumpukan program Pertolongan Cemas kepada

pekerja-pekerja Industri adalah sejajar dengan kehendak Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerja atau the Occupational Safety and Health Act (OSHA).

Pembangunan Organisasi

Pembangunan Organisasi adalah satu proses yang berterusan untuk memperkukuhkan keupayaan dan kebolehan PBSMM untuk meneruskan aktiviti-aktiviti kemanusiaannya. Ini melibatkan obilisasi sumber-sumber kewangan dan modal insan untuk perkara yang memberikan faedah yang berkesan. Strategik objektif-objektif adalah adalah seperti berikut:-

i) mencapai kebebasan daripada cengkaman kewangan

ii) mencapai ISO Standards disemua peringkat pengurusan, menyatupadukan sistem-sistem pencapaian berindikator dan memantau pemberian perkhidmatan serta tujuan-tujuan Persatuan.

iii) membangun dan mengekalkan sumber-sumber kecekapan

dan berdaya saing dengan sukaralawan-sukarelawan dan kakitangan PBSMM untuk melahirkan perkhidmatan yang lebih baik.

iv) menyumbang didalam memperkukuhkan Pergerakan dengan bekerjasama dengan lain-lain Persatuan-Persatuan Kebangsaan juga dengan Persekutuan dan JPMA.

Kewangan

Bagi mempastikan bebas daripada cengkaman kewangan, PBSMM akan melancarkan strategi-strategi berikut:

i) Membangunkan Tabungan Induk.

ii) Melahirkan sistem pengurusan kewangan yang lebih baik

Institut PBSMM

Keperluan melatih modal insan yang terlatih dan berkualiti adalah merupakan satu proses yang berterusan bagi melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti PBSMM. Berikut adalah objektifobjektif strategik:

i) Program-program latihan akan diinstitusikan dengan mewujudkan Institut Latihan PBSMM dan diakreditasikan sepenuhnya oleh LAN (Lembaga Ekreditasi Negara).

ii) Bekerjasama dengan lain-lain Institusi Pengajian Tinggi dan Agensi-Agensi kerajaan didalam menyediakan kursus-kursus yang berkredibiliti.

iii) Menyediakan “focal point” didalam pembangunan kecekapan dan Pusat Penyelidikan didalam mempromosi nilai-nilai kemanusiaan.

Belia

Sukarelawan muda Palang Merah dan Bulan Sabit Merah disepadukan kedalam kerja-kerja didalam setiap Persatuan Kebangsaan bagi mempromosi nilai-nilai kemanusiaan. Kesihatan, perkhidmatan masyarakat dan persahabatan antarabangsa. Objektif strategic adalah seperti berikut:

i) Memperkukuhkan Faktor Belia PBSMM dengan melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kecekapan-kecekapan.

ii) Menggerakan kuasa kemanusiaan dikalangan belia bagi perkhidmatan berkesan dan mengambil bahagian didalam projek-projek berteraskan masyarakat bagi faedah mereka yang memerlukan.

LAGU BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Bulan Sabit Merah Di Malaysia
Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum Dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya

Di Mana Jua Adanya Sengsara
Di Sana Ada Kita
Di Darat Dan Laut Kita Bersedia
Walaupun Diancam Bahaya

Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia
Membantu Semua Yang Menderita
Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah Dan Bersemangat

Jawatankuasa Unit Beruniform Bulan sabit Merah Malaysia

KPLI Januari 2010

Pengerusi : Ahmad Zuliadi Bin Mustafa

Naib Pengerusi : Nelly Jimmy

Setiausaha :Anne Anak Rining

Timbalan Setiausaha :Fauziah Binti Mohd Suhaimi

Bendahari : Rayyana Binti Amsir

Timbalan setiausaha : Norhana Binti Mohamad

Komanden:

1. Nelly Jimmy

2. Juraidah Binti Awang

3. Samsudin Bin Sjaipuddin

4. Muhammad Rasiman Abdul Haman

Ahlijawatankuasa Kecil:

1. Rosnani Binti Abdullah

2. Noorhaizat Bin Sundin @ Ahim

3. Nurul Suhada Binti Ali@ Kadir

4. Watson Satot

5. Nur Azeanie Binti Mohamad Hanaffi

6. Abraham Japeth Jarak Bin Albert

7. Hamdani Bin Hin

8. Tamojo Anak Memod

9. Fauziah Binti Mohd Suhaimi

10. Salwa Bin Kamarudin

11. Kartina Binti Setian

12. Charles Victor Anak Jiges

13. Michael Falaco Anak Samat

14. Angeline Ray

15. Andrew Tiong Chew Shien

Ahli Biasa:

1. Maria Binti Tusiran

2. Nik Nor Haslinda Binti Rupeni

3. Noor Hidayu Binti Abd Rashid

4. Nor Ruziyati Binti Che Mail

5. Mujahidah Binti Mahya

6. Najah Alimah BInti Nordin

7. NuruShuhada Binti Mat Taib

8. Marlinah Binti Salleh

9. Siti Eishahatun Radhiah Mohamad

10. Siti Mariam Bt Mohd Salleh

11. Sri Nur Faeza Binti Kasim

12. Suhaida Binti Mohd Daud

13. Zaitun Binti Hasbullah

14. Norashiqin binti Ismail

15. Rohayati Binti Bolkassem

16. Ronny Anak Jembu

17. Yantie Fairullisa Binti Mahmud

18. Flora Binti Bullah

19. Jessy Binti Ganie

20. Md Shaza Bin Samjan